PEMENANG LOGO MMA


Alhamdulillah, setelah pertandingan mencipta LOGO MMA berakhir pada 27/9/2012 lalu, pemenang telah dipilih berdasarkan kreativiti dan ciri-ciri yang bersesuaian dengan penubuhan dan peranan MMA. Para pemenang telah diumumkan semasa majlis perasmian Islamic Banking, Accounting & Finance Conference (5th iBAF 2012) yang diadakan pada 2 Oktober 2012 bertempat di Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM.

Tempat pertama jatuh kepada En Mohd Yusrizal Mohd Yunus. Tempat kedua dimenangi oleh En Mohd Syamil Mokhtar dan ketiga oleh Cik Halimaton Saadiah Majenin. Naib Canselor USIM, selaku Presiden MMA, Yg Berbahagia Prof Dato’ Dr Muhamad Muda telah sudi menyampaikan hadiah berupa wang tunai dan sijil kepada para pemenang.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih di atas setiap penyertaan. Dengan ini, rasmilah logo MMA yang akan digunapakai secara rasmi.

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM