Image

MMA BROCHURE


BROUCHRE - MMA

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

2013


Pada tahun 2013 ini, in sha Allah MMA akan mengorak langkah lebih jauh untuk menganjurkan lebih banyak program, aktiviti dan penerbitan yang akan memberi manfaat kepada semua ahli dan komuniti umumnya.

Suka juga diingatkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan MMA akan diadakan pada bulan Mac 2013. Panggilan ke AGM akan diwar-warkan kelak.

Sepanjang tahun 2013, beberapa program telah dirangka. Antaranya adalah penganjuran Seminar Islamic Economic System (iECONS) 2013 yang akan diadakan pada Oktober 2013, dengan kerjasama Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM dan USIM Tijarah Holdings Bhd.

Pada bulan Disember 2013 juga akan dianjurkan Persidangan dan Majlis Anugerah sempena ulang tahun ke-30 industri Perbankan Islam di Malaysia, dengan kerjasama Islamic Banking & Finance Institute of Malaysia (IBFIM).

Semoga semua ahli dapat memberi sumbangan tidak kira idea, tenaga, tulisan, wang atau apa-apa sahaja yang boleh menambahbaik Persatuan supaya sentiasa terkehadapan dalam isu-isu Muamalat, perbankan dan kewangan Islam, in sha Allah.

Jazakumullah khairan kathira.

– Sekretariat MMA

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM