NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA


Assalamualaikumwarahmatullah,

Dengan sagala hormatnya, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MMA kali kedua akan diadakan seperti butiran di bawah:-

RABU, 27 MAC 2013

BILIK MESYUARAT KETUA PROGRAM 1, ARAS 4, FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN

JAM 4.45PETANG

AGENDA

 1-     Ucapan aluan oleh Presiden MMA

2-     Perlantikan Pengerusi Sementara sidang AGM

3-     Perlantikan dua orang Pencatat minit mesyuarat

4-     Pengesahan minit mesyuarat AGM kali pertama MMA 2012

5-     Pembentangan Laporan Aktiviti bagi tahun 2012

6-     Pembentangan Laporan Kewangan Beraudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012

7-     Pembentangan usul

8-     Perkara berbangkit

9-     Ucapan penangguhan oleh Presiden MMA

 

Semua ahli MMA dan bakal ahli MMA adalah dijemput menghadiri AGM kali ini. Semoga matlamat penubuhan MMA akan tercapai dengan komitmen semua pihak.

Jazakumullahhukhairankathira.

– Sekretariat MMA 2012

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Syarahan Siri Memorial oleh Dr Zamir Iqbal


Pada 5 Februari 2013, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Dr Zamir Iqbal telah dijemput untuk memberi Syarahan Siri Memorial berjudul “Promise of Islamic Finance: What Needs to be Done to Make it Reality.”

Dr Zamir Iqbal adalah pemegang Kerusi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar bagi Professorial Chair dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di USIM. Beliau merupakan Lead Investment Officer with Quantitative Strategies, Risk and Analytic Department di Treasury, World Bank, Washington DC.

Dalam syarahan Dr Zamir, beliau menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak di Malaysia. Kewangan Islam merupakan salah satu konsep yang sering disalahanggap dalam pasaran kewangan antarabangsa. Salahanggap ini menyebabkan banyak lagi konsep kewangan Islam yang tidak diberi perhatian serius.

Secara realitinya, kewangan Islam mengamalkan konsep perkongsian risiko (risk-sharing) berbanding pengagihan risiko (risk-transfer or risk-shifting). Analisis mendalam terhadap krisis kewangan yang berlaku menunjukkan bagaimana krisis tersebut boleh diatasi dengan mengamalkan sistem kewangan yang berdasarkan prinsip perkongsian risiko dan pentadbiran yang bertanggungjawab.

Syarahan tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada pemain industri dan ahli akademik.

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM