Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kedua MMA


Alhamdulillah, AGM kali kedua MMA telah diadakan pada 27 Mac 2013 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Program 1, Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM. Mesyuarat yang bermula sejurus selepas asar, sekitar jam 5petang, telah membincangkan pelbagai agenda yang antara lain menyentuh tentang laporan aktiviti tahunan MMA, bilangan keahlian serta pindaan undang-undang MMA. Mesyuarat turut membincangkan mengenai rancangan aktiviti MMA bagi tahun 2013 yang diharap dapat menyumbang kepada kepesatan bidang muamalat, perbankan dan kewangan di Malaysia di samping menaikkan nama MMA di mata masyarakat.

Presiden MMA, Prof Dato Dr Muhamad Muda merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK MMA 2012 atas penglibatan dalam MMA. Semasa AGM kali ini, mesyuarat sebulat suara melantik semula semua AJK MMA terdahulu bagi meneruskan tanggungjawab bagi tahun 2013. Puan Norhaziah Nawai dilantik sebagai Penolong Setiausaha menggantikan Dr Aliza Ahmad. Mesyuarat ditangguhkan dengan sedikit jamuan ringan dan ahli bersurai sekitar 6.15 petang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan semoga kita akan terus maju ke hadapan, in sya Allah.

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in BERITA MMA