Industry-Academia Sharing Session


sharing session -mmaAlhamdulillah, MMA telah berjaya menganjurkan sesi perkongsian antara pihak industri dan akademik bersempena Islamic Economic System Conference 2013 yang berlangsung pada 5 September 2013 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Sustainable development through the Islamic economic system: Lessons and Experiences from the Industry”, sesi ini mengumpulkan hampir 80 orang peserta (industri+akademik dalam bidang muamalat, perbankan dan kewangan Islam) dari dalam dan luar negara. Ahli panel pertama yang dijemput adalah Dr Zamir Iqbal, penyandang Professorial Chair of Yayasan Tun Ismail Berdaftar, PNB bagi Kursi Islamic Finance, USIM yang juga terlibat dengan World Bank. Manakala ahli panel kedua, Datuk Azahari, CEO of Asian Finance Bank, berpengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan tempatan dan antarabangsa. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Amir Shaharudin, Naib Presiden MMA juga selaku pensyarah di USIM.

Kedua-dua ahli panel telah berkongsi pengalaman mereka mengenai sistem ekonomi dan perbankan Islam yang sangat kompetitif dalam era yang mencabar pada hari ini. Antara iisu utama yang dibangkitkan adalah mengenai keperluan penerapan nilai-nilai Islam dalam menjalankan sistem ekonomi Islam yang perlu diterapkan kepada para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini penting bagi memastikan mereka akan menjadi seorang pekerja yang mengamalkan nilai-nilai Islam secara komprehensif dan bukan hanya menjual produk-produk perbankan dan kewangan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Semoga semua peserta telah mendapat informasi yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan kelak, inshaAllah.

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s