BARISAN KEPIMPINAN MMA 2016-2018


Assalamualaikumwarahmatullah
Alhamdulillah, AGM Persatuan Muamalat Malaysia (MMA) kali empat telah berlangsung pada Rabu, 15 Jun 2016/10 Ramadhan 1437H bertempat di Bilik Persidangan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), USIM dengan jayanya. Pelbagai rancangan telah diatur bagi memastikan semua ahli dan masyarakat umumnya mendapat impak maksima daripada kewujudan MMA.

Berikut merupakan pucuk pimpinan yang akan menerajui MMA bagi sesi 2016-2018.
Presiden: Prof Dato’ Dr Muhamad Muda
Naib Presiden: Prof Madya Dr Amir Shaharudin
Setiausaha: Dr Rosnia Masruki
Penolong Setiausaha: Dr Zurina Kefeli
Bendahari: Dr Izlawanie Muhammad
AJK:
Prof Dr Fauzias Mat Nor
Dr Hanim Misbah
Dr Mohd Nazri Mohd Noor
Dr Nuradli Ridzwan Shah
Dr Nizam Jaafar
En Amirul Afif Muhamat
Dr Fuadah Johari
Dr Nurainna Ramli

Mohon jasabaik sokongan semua pihak agar MMA dapat sama-sama menyumbang terhadap perkembangan bidang muamalat, perbankan dan kewangan Islam di peringkat lokal dan global, inshaAllah.
Terima kasih.

Jazakumullahhukhairankathira.

Advertisements
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-4 MMA


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kepada semua ahli Persatuan Muamalat Malaysia:
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-4 MMA
Notis ini diberikan bagi pemberitahuan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-4 MMA akan diadakan pada Rabu, 15 Jun 2016, 12 tengah hari di Bilik Persidangan Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Aras 5, FEM, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Agenda adalah seperti di bawah.

AGENDA

  • Ucapan aluan oleh Presiden MMA.
  • Pengesahan minit mesyuarat agung tahunan kali ke-3
  • Perkara berbangkit
  • Penerimaan Laporan Tahunan 2014/2015
  • Penerimaan Laporan Kewangan Beraudit Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2015
  • Pemilihan AJK baharu bagi tempoh 2 tahun, 2016/2018

– Presiden

– Naib presiden

– Setiausaha

– Penolong setiausaha

– Bendahari

– 8 orang AJK

  • Pelantikan 2 orang juruaudit
  • Membincangkan rancangan aktiviti/program bagi tahun 2014.
  • Hal-hal lain
  • Ucapan penangguhan oleh Presiden MMA.

 

Harap maklum dan terima kasih.

Wasalam,
Setiausaha
Persatuan Muamalat Malaysia (MMA)
d/a: Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

WACANA DIALOG ISU TPPA


wacanaTPPATPPA…mengapa kita perlu cakna terhadap pelaksanaannya di Malaysia? jom dengar WACANA ISU SEMASA: TPPA, DILEMA MALAYSIA yang akan diadakan di FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT, USIM pada RABU, 21 OKTOBER 2015, 1230 tengah hari.
JOM PRIHATIN!!

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Industry-Academia Sharing Session – iBAF2014


Malaysian Muamalat Association (MMA) in collaboration with the Faculty of Economics and Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) is proudly organizing the 6th Islamic Banking, Accounting and Finance Conference (IBAF2014) on 23rd and 24th September 2014 at USIM. This conference is attempt to provide a platform for researchers, industry practitioners, policy makers, academics and postgraduates to exchange and discuss diverse ideas, expertise and opinion towards enhancing a broader understanding about Islamic finance practice in both commercial and social welfare sectors.

In conjunction to that, all members are cordially invited to attend the Industry-Academia sharing session to be held during the conference.

Details are as follow:-
Date: 24th September 2014 (Wednesday)
Time: 11.45 am – 12.30 noon
Venue: DKF1.1, Faculty of Economics and Muamalat, USIM, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Topic: “Islamic Banking and Finance Education – Challenges and Opportunities.”

Hopefully this seminar will provide us with meaningful and fruitful discussion, inshaAllah.

For further inquiries, you may directly contact the MMA secretariat. Thank you.

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETIGA


Image

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KETIGA

Notis ini bertujuan memanggil ahli Persatuan Muamalat Malaysia (MMA) untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua yang akan diadakan pada Rabu, 21 MEI 2014 jam 12 TENGAH HARI di Bilik Persidangan, Aras 5, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi tujuan yang berikut:

AGENDA
1- Mengesahkan Laporan Aktiviti bagi tahun 2013.
2- Mengesahkan Laporan Kewangan Beraudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013.
3-Membuat pemilihan AJK Eksekutif dan Pemeriksa Kira-kira bagi tahun 2014.
4- Membincangkan rancangan aktiviti/program bagi tahun 2014.
5- Hal-hal berbangkit.

Semua bakal ahli (ahli baru) juga adalah dijemput hadir ke AGM kali ini supaya setiap aktiviti/program yang akan dianjurkan memberi impak maksima kepada semua, insyaAllah.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Jazakumullahhukhairankathira,

Setiausaha
Persatuan Muamalat Malaysia (MMA)
d/a: Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 6416
Emel: malaysianmuamalatassociation@gmail.com
Website: http:malaysianmuamalatassociation.wordpress.com

LIKE

https://www.facebook.com/MalaysianMuamalatAssociation?ref=hl

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Industry-Academia Sharing Session


sharing session -mmaAlhamdulillah, MMA telah berjaya menganjurkan sesi perkongsian antara pihak industri dan akademik bersempena Islamic Economic System Conference 2013 yang berlangsung pada 5 September 2013 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Sustainable development through the Islamic economic system: Lessons and Experiences from the Industry”, sesi ini mengumpulkan hampir 80 orang peserta (industri+akademik dalam bidang muamalat, perbankan dan kewangan Islam) dari dalam dan luar negara. Ahli panel pertama yang dijemput adalah Dr Zamir Iqbal, penyandang Professorial Chair of Yayasan Tun Ismail Berdaftar, PNB bagi Kursi Islamic Finance, USIM yang juga terlibat dengan World Bank. Manakala ahli panel kedua, Datuk Azahari, CEO of Asian Finance Bank, berpengalaman luas dalam bidang perbankan dan kewangan tempatan dan antarabangsa. Moderator bagi sesi ini ialah Dr Amir Shaharudin, Naib Presiden MMA juga selaku pensyarah di USIM.

Kedua-dua ahli panel telah berkongsi pengalaman mereka mengenai sistem ekonomi dan perbankan Islam yang sangat kompetitif dalam era yang mencabar pada hari ini. Antara iisu utama yang dibangkitkan adalah mengenai keperluan penerapan nilai-nilai Islam dalam menjalankan sistem ekonomi Islam yang perlu diterapkan kepada para pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Ini penting bagi memastikan mereka akan menjadi seorang pekerja yang mengamalkan nilai-nilai Islam secara komprehensif dan bukan hanya menjual produk-produk perbankan dan kewangan Islam.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir. Semoga semua peserta telah mendapat informasi yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan kelak, inshaAllah.

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Sesi perkongsian industri-akademia bersempena IECONS 2013


In sha Allah, bersempena dengan IECONS 2013 yang akan berlangsung 4-5 September 2013 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, MMA akan menganjurkan Sesi Perkongsian Industri-Akademia. Sesi khas ini akan diadakan pada hari kedua IECONS, 5 September 2013, Khamis, jam 8.30 pagi di Grand Ballroom Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Bertemakan “Sustainable Development through the Islamic Economic System: Experiences and Lessons from the Industry”, sesi ini akan membawakan ahli-ahli panel yang terlibat aktif dalam industri Perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Semua ahli MMA dijemput menghadiri sesi ini dan sila maklumkan kehadiran anda kepada pihak sekretariat MMA bagi tindakan selanjutnya. Sebarang persoalan boleh diemelkan kepada ummisalwa@usim.edu.my.

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Penulisan artikel di laman web


writing

MMA mengalu-alukan para ahli untuk menghantar sebarang artikel berbentuk ilmiah atau kemasyarakatanyang bersifat mendidik, terutama yang berkaitan dengan muamalat, perbankan dan kewangan Islam untuk diterbitkan di dalam laman web MMA. Semua artikel boleh dihantar kepada Setiausaha di emel malaysianmuamalatassociation@gmail.com. Semoga perkongsian ilmu yang dilakukan ini mendapat keberkatan dariNYA dan semoga usaha kecil ini diredhaiNya sentiasa, inshaAllah.

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA


Assalamualaikumwarahmatullah,

Dengan sagala hormatnya, dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MMA kali kedua akan diadakan seperti butiran di bawah:-

RABU, 27 MAC 2013

BILIK MESYUARAT KETUA PROGRAM 1, ARAS 4, FAKULTI EKONOMI & MUAMALAT, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM, BANDAR BARU NILAI, NEGERI SEMBILAN

JAM 4.45PETANG

AGENDA

 1-     Ucapan aluan oleh Presiden MMA

2-     Perlantikan Pengerusi Sementara sidang AGM

3-     Perlantikan dua orang Pencatat minit mesyuarat

4-     Pengesahan minit mesyuarat AGM kali pertama MMA 2012

5-     Pembentangan Laporan Aktiviti bagi tahun 2012

6-     Pembentangan Laporan Kewangan Beraudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012

7-     Pembentangan usul

8-     Perkara berbangkit

9-     Ucapan penangguhan oleh Presiden MMA

 

Semua ahli MMA dan bakal ahli MMA adalah dijemput menghadiri AGM kali ini. Semoga matlamat penubuhan MMA akan tercapai dengan komitmen semua pihak.

Jazakumullahhukhairankathira.

– Sekretariat MMA 2012

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM

Syarahan Siri Memorial oleh Dr Zamir Iqbal


Pada 5 Februari 2013, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Dr Zamir Iqbal telah dijemput untuk memberi Syarahan Siri Memorial berjudul “Promise of Islamic Finance: What Needs to be Done to Make it Reality.”

Dr Zamir Iqbal adalah pemegang Kerusi Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar bagi Professorial Chair dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di USIM. Beliau merupakan Lead Investment Officer with Quantitative Strategies, Risk and Analytic Department di Treasury, World Bank, Washington DC.

Dalam syarahan Dr Zamir, beliau menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak di Malaysia. Kewangan Islam merupakan salah satu konsep yang sering disalahanggap dalam pasaran kewangan antarabangsa. Salahanggap ini menyebabkan banyak lagi konsep kewangan Islam yang tidak diberi perhatian serius.

Secara realitinya, kewangan Islam mengamalkan konsep perkongsian risiko (risk-sharing) berbanding pengagihan risiko (risk-transfer or risk-shifting). Analisis mendalam terhadap krisis kewangan yang berlaku menunjukkan bagaimana krisis tersebut boleh diatasi dengan mengamalkan sistem kewangan yang berdasarkan prinsip perkongsian risiko dan pentadbiran yang bertanggungjawab.

Syarahan tersebut telah dihadiri oleh hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada pemain industri dan ahli akademik.

By malaysianmuamalatassociation Posted in UMUM